Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kolum
ULASAN | Kebebasan media: Dua langkah ke depan, dua langkah ke belakang

Aliran bimbang dengan penurunan ranking kebebasan akhbar Malaysia dari tempat ke-73 tahun lalu kepada tempat ke-107 kini – satu kemerosotan sebanyak 34 tempat.

Reporters Without Borders (RSF) juga memberikan Malaysia skor sebanyak 52.07 mata, turun daripada 62.83 mata pada tahun 2023.

Skor semasa Malaysia sebanyak 52.07 mata mengembalikan negara ke tempat sebelum Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan untuk kali kedua dalam gabungan “kerajaan perpaduan” pada November 2022. Pada 3 Mei 2022, Malaysia telah mendapat 51.55 mata untuk menduduki tempat ke-113.

Skor semasa Malaysia sebanyak 52.07 mata juga hampir sama dengan skornya pada 3 Mei 2018 iaitu 52.59, sebelum PH memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

Ini bermakna skor kebebasan akhbar kita kembali ke tahap sebelum perubahan kerajaan pada tahun 2018 dan 2022. Sebarang keuntungan daripada perubahan kerajaan selepas tahun pertama berkuasa telah dilenyapkan dari segi mata skor – walaupun kedudukan semasa Malaysia di tempat ke-107 masih merupakan penambahbaikan dari tempat ke-145 pada tahun 2018.

Walaupun ranking RSF mempunyai kelemahan, ia memberikan petunjuk tentang pengurangan kebebasan media di negara ini sepanjang tahun lalu.

Ini tidak mengejutkan sebab harapan untuk iklim media yang lebih bebas dan penghapusan undang-undang penindasan gagal menjadi kenyataan.

Larangan perbincangan mengenai isu “tiga R” (kaum, agama dan raja) juga kelihatan telah menyumbang kepada budaya penapisan diri (self-censorship).

Undang-undang penindasan seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan telah menjejaskan iklim kebebasan media. Undang-undang ini telah digunakan untuk menangkap penulis bebas, blogger dan juga pengulas media sosial. Tindakan tegas pihak berkuasa telah menambah suasana ‘kedinginan’ terhadap kebebasan media.

Pelancaran kerajaan sebuah “kod etika” baru yang kontroversial bagi wartawan pada Februari 2024 menghadapi tentangan dan gagal memperbaiki iklim.

Semua ini jauh lebih beza daripada suasana pada Mei 2023 (lima bulan selepas “kerajaan perpaduan” dibentuk) dan pada Mei 2019 (setahun selepas PH mengambil alih kerajaan untuk kali pertama). Skor Malaysia meningkat kepada 62.83 mata pada 2023 dan 63.26 mata pada 2019. Harapan pada masa itu adalah undang-undang penindasan akan dihapuskan untuk mencipta suasana kebebasan media yang lebih bermakna.

Aliran menyeru kerajaan untuk memansuhkan undang-undang yang membendung kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kerajaan perpaduan harus memenuhi harapan untuk reformasi dan membenarkan kebebasan media untuk menyediakan sistem kawal dan imbang yang penting untuk demokrasi yang dinamis.


Artikel ini pertama kali diterbitkan oleh Aliran.

Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS