Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengurus besar antara 3 pegawai kanan agensi k'jaan ditahan SPRM
Diterbitkan:  May 6, 2024 7:00 AM
Dikemaskini: May 6, 2024 12:21 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar yang disyaki terlibat dengan rasuah malam tadi.

Menurut sumber ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47 dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di pejabat SPRM di Kota Bharu antara 7.15 dan lapan malam tadi.

Dia berkata mereka ditahan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.

Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Dia berkata ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS