Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Subsidi bersasar: Tunggu pengumuman rasmi, jangan buat spekulasi - Fuziah

Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung program subsidi bersasar dan menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.

Fuziah berkata setakat ini tiada pengumuman dibuat berhubung perkara itu, yang sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.

"Pengumuman itu biarlah dibuat oleh kerajaan sendiri dan janganlah media asing mendahuluinya. Apa pun kita sedang melaksanakan beberapa mekanisme untuk persiapkan diri, jadi bila program penyasaran itu dilaksanakan kita sudah bersedia.

"Antaranya termasuk menyediakan kemudahan kad fleet kenderaan lori untuk menikmati subsidi diesel apabila program itu dilancarkan. Sekarang kita sedang aktif mendaftarkan syarikat untuk membolehkan mereka dapat subsidi," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri di KPDN Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu mengulas berhubung kenaikan gaji penjawat awam yang akan memungkinkan kenaikan harga barangan, Fuziah berkata KPDN akan melakukan pemantauan dan kawalan setiap hari untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS