Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai kanan ditahan SPRM: Jangan buat spekulasi, kata Kada

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi berkenaan Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.

“KADA menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan tugas mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawai kanan agensi kerajaan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di sini kerana disyaki menerima rasuah bagi pelbagai projek.

Seorang lagi pegawai kanan agensi terbabit yang disiasat atas dakwaan tuntutan palsu ditahan pada 30 April lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS