Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cabar kuasa Raja-raja: Mengapa tiada tindakan ke atas Majlis Peguam - Zaid
Diterbitkan:  May 2, 2024 1:53 PM
Dikemaskini: 5:55 AM
1

Bekas menteri Zaid Ibrahim membidas kerajaan kerana didakwa mengamalkan dwi-standard apabila bertindak terhadap isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu dan kerabat mereka.

Memetik Majlis Peguam sebagai contoh, katanya, kerajaan gagal bertindak terhadap badan itu apabila mereka mempersoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan pengampunan.

“Kerajaan kata jangan bercakap tentang 3R (bangsa, agama dan Raja-raja) atau kamu akan kena penjara, tetapi bukan Majlis Peguam.

“Ia cabaran langsung terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong (cabaran mahkamah) tetapi adakah kerajaan menentang tindakan itu?

"Bersikap konsisten dan jangan marah secara selektif," kata Zaid di Facebook.

Pada 30 April lalu, Badan Peguam Malaysia memfailkan cabaran undang-undang untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Wakil undang-undang Badan Peguam dari firma guaman Amir & Rajpal Ghai memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Badan profesion undang-undang itu sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk memfailkan cabaran terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang dianggap kontroversi itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS