Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UiTM tak mohon buka program ‘parallel pathway’ pada bukan Bumiputera
Diterbitkan:  May 2, 2024 12:21 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima permohonan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuka program latihan ijazah lanjutan kepakaran atau parallel pathway kepada bukan Bumiputera.

Justeru, kata menterinya Zambry Abdul Kadir, tiada perbincangan antara kementerian dan institusi pengajian tinggi awam itu.

“Kita tiada bincang apa-apa lagi. Tidak ada (cadangan) secara rasmi kepada (KPT). 

“Jadi, apapun seperti yang kita tahu yang paling mustahak adalah kita perlu melihat masalah yang asas sebelum kita bincangkan perkara-perkara yang berkaitan,” dia dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Hulu Selangor malam tadi.

Parallel pathway ialah program bagi membolehkan pengamal perubatan mendapatkan latihan dan mendaftar sebagai pakar perubatan di negara ini.

UiTM ialah satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik (pembedahan dan jagarawatan bagi penyakit jantung dan paru-paru).

Terdahulu, media melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersetuju untuk membuka program itu secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

https://mk.my/wa_mkinibm


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS